Posts

Image
  7 APRIL  Subhanallah... Masya-Allah... Deria pandang dihiasi warna merah jambu yang berjatuhan lembut menjejak bumi. Mungkin, leraian kelopak itu kerana bayu kecil menghembus atau sudah saatnya dia gugur agar mata manusiawi menikmati penglihatannya saat bunga itu gugur. Sungguh cantik. Ada yang bilang, gugurnya itu melambangkan ketidak kekalan kehidupan. Tiada yang kekal di dunia ini termasuk apa yang terlihat indah pasti akan dimamah oleh waktu. Dunia hanya pinjaman sementara. Alya ternotis sesuatu. "Oba-san tu mungkin tak perasan dompet dia jatuh..." Desis Alya.  Alya mengambil dompet yang tercicir, lalu menyapa pemiliknya dengan sopan. Mujur wanita itu masih di sekitar sedang mengambil gambar pohon sakura. Mungkin dia mencari sudut yang bagus untuk mengambil foto agar hasilnya menarik. Alya menyapanya lembut dari belakang.  " Sumimasen, osaifu ochimashita..." (Maafkan saya, dompet anda terjatuh..) Alya teragak-agak akan pertuturanya sama ada tepat dengan tataba...

ASSALAMUALAIKUM MATAHARI TERBIT

Image
  "KEUTAMAAN BAGI CALON YANG MEMPUNYAI SIJIL JLPT TINGKAT N3"           "Aku baru ada sijil level N4... itupun masih level upper beginner. Gumam Alya dengan meleret bibir tapi bukan senyum. Dua minggu kemudian... Alya membuka e-mel. Sedikit keluar jernihan air dari tubir mata.  Sejujurnya, dia masih belum 'beralih' untuk menerima takdir bahawa seseorang itu bukanlah tercipta untuknya. Terimbas, dikhianati oleh sahabat yang selalu dia menumpang curhat.   Kini telah terubati. Hari ini adalah bukti sesuatu 'pembayaran' hasil dari sebuah usaha. Mendapat berita gembira setelah dirundung kesedihan. Akhirya, Alya menggapai peluang yang berharga. Betapa adilnya Tuhan.  * * * * *  Telinga rasa pedih berdengung. Alya menelan liur. Petua itu tidak asing untuk menyahkan dengung pada telinga. Sudah tujuh jam Alya berada atas awan dan waktu mendarat ke Lapangan Terbang Haneda tida...

LATE NIGHT AMERICANO ☕

Image
                      LATE NIGHT AMERICANO ☕ What's going on my mind  My eyes can't close so fine  Might, a brain bringing the sign   To drink Americano tonight  Smelling fragrance of the night And writing my journal outside  Holding a pen brand TRIO Accompany a cup from Richiamo    Aroma such a remedy  Dopamine popping up suddenly  I fall into... The late night Americano -J.H🌸-

REVIEW: あしたの猫ASHITA NO NEKO(Kucing hari esok)BY ENDOU AYAO

Image
 Kenapa beli buku budak-budak??? SEBAB DIA COMEL .. 😂 Aku beli buku ni sebab pertama...buku ni comel ada kucing-kucingnya 😸 Sebab kedua,masa tu nak praktis Kanji's reading dan Bunpo (tatabahasa Jepun) la konon kerana masa tahun 2018 nak seat exam JLPT(Japanese Language Proficiency Test) :D Laras bahasanya pun dalam level beginner N5@N4.. begitulah... Nak cerita sikitlah pasal buku kiut miut ni kan.🤗Buku ni diinspirasikan kesan dari tragedi gempa dan Tsunami pada 11 Mac 2011 di Wilayah Tohoku Jepun masa tu.  Klimaks cerita ni, kucing ni(aku panggil dia si Neko dalam cerita ni 😁) sedang berjalan ke sesuatu tempat ,si Neko tu hairan..kenapa keadaan masa tu sunyi dan tak ada orang...tak ada burung-burung ..haiwan-haiwan lain pun tak ada. Si Neko tu rasa macam dia ja seekor di kawasan tu. Ilustrasi buku dah comel tapi... bagi saya yang cat lover sedih juga baca cerita si Neko ni. kenapa sedih..? Nani ga atta? Kejap aku cerita pasal penulisnya dahulu.😌 Penulis buku ni,dia kara...

REVIEW BUKU: PENGEMBARA TERULUNG ISLAM

Image
Lama dah 'grab' buku ni😁Baru ada rezeki masa buat review buku kisah pengembara terulung yang begitu menginspirasikan.🌸 Ibnu Battuta memulakan pengembaraan pada usia yang muda 21 tahun. Hasratnya bermula ketika hendak ke Mekah menunaikan Haji dan memutuskan untuk meneruskan kembaranya setelah selesai melaksanakan rukun Islam yang kelima. Perjalanannya menuju ke Baitullah telah membawanya bertualang menjelajahi dunia. Antaranya Afrika utara,Afrika Barat, Timur tengah,Asia Selatan,Asia Tengah,Asia tenggara (termasuk Melaka)dan juga China. Sebelum tu ,Ibnu Battuta telah dipertikai oleh orang-orang tua di kampungnya kerana usianya yang masih muda, membuat keputusan untuk berjalan sendiri hanya dengan menunggang seekor keldai menuju ke Baitullah tanpa ada peneman. Walaupun begitu kerana tekad keazamannya yang padu ,dia tetap dengan pendiriannya untuk merealisasikan sebuah impian. Antara dialog kata yang membuat saya naik semangat baca buku ni,😃 apabila ada orang di kampungnya b...

'STAY COOL!' INTROVERT

Image
  'STAY COOL! 'INTROVERT    Walking down at the small street, ‘ I LOVE BOOK!’ has written on my black shirt, Holding the coffee accidentally spilt it, Oh no! How clumsy I am under   the lamp street.   See the crowded of people around, ‘Stay cool!’ my conscience said in sudden, Despite self-esteem is about to runs down, Continue walking by like nothing serious happens.   The worst nightmare… is talking in front of the public, Brain and mouth are seems hard to be romantic, Like sun and rain arguing each other so bad, Tongue gets tight and the voice becomes unheard, 'Just stay cool! dear introvert.'    Observing... is a cup of my tea, Arguing... is just wasting time of me Keep calm if anything damn happens to me, 'Stay cool!' Talking to myself.     I appreciated what’s The Creator has gave me All is a gift from The God of Almighty, 'Just stay cool!’   introvert in me. -J.H-🌸

~AKU DI SEBALIK POHON~🌳

Image
Daunnya rona menghijau, Ada pohon tegak berdiri, Burung berkicau tenggek di dahan, Berlindung di bawah rimbunan daun. Wahai pohon, Tegarnya kehidupan, Menghadapi badai...panas..hujan... Rela melepaskan jika buahmu dipetik, Memberikan santapan, Agar duniawi tidak lapar. Namun begitu, Rasa syukurmu tidak pernah pudar, Sentiasa memuji Tuhan yang Maha Mendengar, Tetap teguh berdiri seperti dijalan-Nya, Kerana faham apa yang sudah ditentukan, Untuk dijadikan apa oleh Maha yang Memberi Rahmat. Adakah diriku setegarmu pohon?🌳