REVIEW BUKU: PENGEMBARA TERULUNG ISLAM
![]() |
Lama dah 'grab' buku ni😁Baru ada rezeki masa buat review buku kisah pengembara terulung yang begitu menginspirasikan.🌸
Ibnu Battuta memulakan pengembaraan pada usia yang muda 21 tahun. Hasratnya bermula ketika hendak ke Mekah menunaikan Haji dan memutuskan untuk meneruskan kembaranya setelah selesai melaksanakan rukun Islam yang kelima. Perjalanannya menuju ke Baitullah telah membawanya bertualang menjelajahi dunia. Antaranya Afrika utara,Afrika Barat, Timur tengah,Asia Selatan,Asia Tengah,Asia tenggara (termasuk Melaka)dan juga China.
Sebelum tu ,Ibnu Battuta telah dipertikai oleh orang-orang tua di kampungnya kerana usianya yang masih muda, membuat keputusan untuk berjalan sendiri hanya dengan menunggang seekor keldai menuju ke Baitullah tanpa ada peneman. Walaupun begitu kerana tekad keazamannya yang padu ,dia tetap dengan pendiriannya untuk merealisasikan sebuah impian.
Antara dialog kata yang membuat saya naik semangat baca buku ni,😃 apabila ada orang di kampungnya berkata:
" _Janganlah kamu bermimpi,orang muda sepertimu selalu menyimpan cita-cita tinggi sedangkan ia cuma harapan yang palsu dan tidak tergapai dek tangan.Jarak dari Tangiers ke Mekah bukannya selangkah unta."_
Maka Ibnu Battuta pun berkata demikian:
" _Ini bukan mimpi,tetapi satu penyerahan saya sebagai seorang hamba."_
Setelah membaca habis kisah pertualangannya yang penuh onak dan duri tajam, banyak menunjukkan bukti yang dapat membuka minda hati betapa Allah Maha Pengasih..Allah itu Maha memberi pertolongan dan memudahkan segala urusan hamba-Nya di setiap apa yang dilakukan diiringi dengan keserahan hidup kepada-Nya. Allah sentiasa bersama orang yang bertawakal.❤️
Kisah pengembaraannya ini akhirnya melahirkan 'Rihla' ataupun rujukan yang menjadi kajian di seluruh dunia.
Ramai tokoh-tokoh Islam yang boleh saya katakan merupakan 'inventor' kepada sesuatu yang ada di sekeliling kita. Tetapi malangnya cerita ketokohan Islam sudah tenggelam dek orang sekarang lebih 'mengedepankan' para ilmuan barat sehingga membutakan mata kita semua .
Salam Ramadan dan thanksss sebab baca sampai habis..🤭 Moga bermanfaat🌸
Comments
Post a Comment