REVIEW: あしたの猫ASHITA NO NEKO(Kucing hari esok)BY ENDOU AYAO
Kenapa beli buku budak-budak???
SEBAB DIA COMEL .. 😂
Aku beli buku ni sebab pertama...buku ni comel ada kucing-kucingnya 😸 Sebab kedua,masa tu nak praktis Kanji's reading dan Bunpo (tatabahasa Jepun) la konon kerana masa tahun 2018 nak seat exam JLPT(Japanese Language Proficiency Test) :D Laras bahasanya pun dalam level beginner N5@N4.. begitulah...
Nak cerita sikitlah pasal buku kiut miut ni kan.🤗Buku ni diinspirasikan kesan dari tragedi gempa dan Tsunami pada 11 Mac 2011 di Wilayah Tohoku Jepun masa tu.
Klimaks cerita ni, kucing ni(aku panggil dia si Neko dalam cerita ni 😁) sedang berjalan ke sesuatu tempat ,si Neko tu hairan..kenapa keadaan masa tu sunyi dan tak ada orang...tak ada burung-burung ..haiwan-haiwan lain pun tak ada. Si Neko tu rasa macam dia ja seekor di kawasan tu.
Ilustrasi buku dah comel tapi... bagi saya yang cat lover sedih juga baca cerita si Neko ni.
kenapa sedih..? Nani ga atta?
Kejap aku cerita pasal penulisnya dahulu.😌 Penulis buku ni,dia karang masa dia umur 15 tahun dan semua lukisan ilustrasi buku juga adalah hasil lukisannya sendiri dengan isi-isi buku yang membawa makna kehidupan. Penulis juga ada jelaskan,apa maksud hari esok bagi seekor kucing? Marilah kita memikirkannya
bersama." itulah yang dikatakan oleh penulis Endou Ayao.
Ada petikan kata dari kucing tu di akhir cerita,
"Nak balik rumah cepat tapi kaki ni tak boleh bergerak " dan si Neko ni pun rebah dalam kehujanan. (sebenarnya Neko tu dah nak pergi untuk selamanya dan cerita berakhir sampai di situ sahaja.) Inilah yang sedih tu.😢
"Atogaki" ataupun akhir kata dalam buku ni,
"Esok mungkin akan jadi hari bahagia lagi, dengan berfikir sebegitu, kucing pun tertidur."
Pada pendapat saya penulis ni juga ingin membawa kita fikir, apa presepsi kucing tentang hari esok yang dalam cerita ni.
Actually,kita manusia ni pun sering juga berfikir apa akan jadi hari esok kan,,,benda yang belum terjadi lagi pun boleh jadi overthinking...😝 Bagi saya ada sisi baiknya jugalah, dimana kita sentiasa bersedia jika hadapi situasi yang akan berlaku , tapi jangan terlalu over sangat sampai jadi tak yakin dengan apa yang Allah dah aturkan baik dalam hidup kita. Lebih malang lagi sampai ke tahap anxiety😔.Sayangi mental kita ya...🥰 Nak tenang fikiran hidup ni pun elakkan sebegitu. Eventhough... to be honest, saya pun begitu juga sifatnya😅, tapi usahalah elakkan jika terlalu jauh dari batasan... Insya-Allah😊
Saja nak buat review buku comel ni...nak happykan diri sendiri juga..😁
Btw thanks baca sampai habis,moga bermanfaat..
Comments
Post a Comment