♥RAHMAT UJIAN♥
Sesudah hujan turun selebatnya
Akan muncul pelangi indah
Kerana setiap rintik hujan
Masih ada payung rahmat dariNya
Walau pedihnnya ujian itu
Masih ada tawaran pahala buat hambaNya
Justeru, jangan biarkan dirimu
Dalam sangkar nelangsa(kesedihan)
Kuatlah untuk terus menjalani kehidupan
Menggapai keredhaanNya
Pautkanlah hatimu kepada yang sepatutnya
Percayalah...hatimu akan tenang
Dirimu tidak mudah jatuh ke lembah kekecewaan
Kerana..... Janji ALLAH itu PASTI ♥
~J.H~
إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..
(Surah Al Insyirah : 6)
Comments
Post a Comment