Cerpen: Aku bukan obor-obor biasa
CERPEN: AKU BUKAN OBOR-OBOR BIASA
Rizman..oh Rizman! Mana Rizman? Cari
cikgu Mia iaitu seorang guru yang berumur 30-an dan mempunyai suami yang
berkerja di sebuah syarikat swasta. “Ala…biasa la tu cikgu”Aqel tibaa-tiba
menyampuk. “ Cuti sehari…nak jaga kulit la katakan..lelaki lembut memang macam
tu cikgu..macam si obor-obor tu,Rizman..hahahahaha.” gelak Aqel yang sentiasa
menghina Rizman.Kelas tingkatan 5 Mawar menjadi riuh apabila Aqel bercakap
tentang Rizman. “Oi! Mat berlagak kacak! Tak baik kau kata Rizman
begitu,ooooh..jadi kau inagat kau perfect
sangat lah…hah?!!! Azila kawan Rizman sejak dari kecil jadi panas baran
dengan kata-kata Aqel yang menghina kawannya. “Sudah..sudah! cikgu Mia
menghentikan pergaduhan mereka. “Kamu ni macam budak-budak …tau tahun ni kamu
SPM..matang lah sikit..engkau ni pun satu Aqel,tak baik kamu kata Rizman macam
tu.” Aqel mencebik bibirnya apabila ditegur oleh cikgu Mia.
Keadaan bilik Rizman yang diwarnai dengan warna kegemarannya iaitu merah
jambu.Jam locengnya terus bordering tetapi masih juga tidak disedari oleh
Rizman pada awal waktu pagi.Tepat jam 10 pagi,dia terbangun dari tidurnya dan
terkejut. “Alamak!! Dah 10 pg dah…ala…Mak Jah ni kenapa tak kejutkan Rizman.” dia
sentiasa mengharapkan pembantu rumahnya iaitu Mak Jah kejutkan dia untuk pergi
ke sekolah,dia berasa kecewa apabila tidak dikejutkan oleh Mak Jah.Rizman
segera keluar dari biliknya dan menemui Mak Jah di ruang tamu. “Mak
Jah…….”panggilannya dengan lembut. “ Kenapa tak bangunkan Riz..? Tengok…Riz
lambat dah ke sekolah. Mak Jah menjawab pertanyaan Riz. “Haaaah..siapa suruh
engkau..asyik bergadang je malam-malam..Mak Jah ni..bukannya baby sitter nak bangunkan Riz selalu,
Riz kan dah besar…bangunlah sendiri.”tambah Mak Jah. Rizman sangat rapat dengan
Mak Jah nya kerana dia lah yang sentiasa bersama Riz di rumah apabila ketiadaan
kedua orang tua Rizman yang sentiasa sibuk dengan hal kerjanya sehingga tidak
dapat meluangkan masa bersama mereka. “Mak dengan ayah Riz mana Mak Jah.” Tanya
Rizman. “Engkau dah lupa ke… mak dan ayah Riz kan pergi outstation dalam seminggu ni.”jawab Mak Jah . “ Oh..alamak lupa
pula Riz..hmmm…” Rizman sentiasa merasa kesunyian dan kurang perhatian oleh
kedua orang tuanya.Mujurlah ada pembantu rumahnya yang sentiasa menemaninya di
rumah dan dari situ lah Rizman tahu semua hal tentang perempuan.Mak Jah nya pun
selalu tegur dengan perangai Rizman yang lembut itu dan dia juga sering
mengayun-ayun kan tangannya apabila bersemuka dengan orang lain sehingga
jirannya mengaggap dia separuh gila.
Rizman menerima panggilan dari temannya
Azila..seorang gadis kecil molek yang bersikap sederhana dan ada juga seperti katak di bawah tempurung. “Hello Riz..”Azila memulakan perbualan
mereka. “Kenapa kau tak datang sekolah tadi..cikgu Mia cari kau tau.” Ek
eleh…kenapa cikgu Mia cari aku? Tanya Rizman. “ Mana la ku tahu …sampai si Aqel
mamat berlagak kacak ejek engkau satu kelas riuh gelak pasal kau tau gara-gara
percakapan mamat tu..eerrggghh.”kesal Azila. “Apa?!!!! Mulut longkang punya jantan..ish!
suka sangat cari pasal dengan Riz….”Azila memotong perbualannya. “ Haaahhh!
Yang kau ni lagi satu..kenapa tak datang sekolah?”Tanya Azila. “ Heeeeee..macam
kau tak tak tau Zila..emmm..lambat bangun.” Rizman tersengih. “Haaahh! Ni la
punya pasal…..”tut…tut…tut….Rizman menghentikan perbualan mereka di telefon bimbitnya
yang berjenama Samsung kerana tidak suka dengar kawannya berleter.Rizman sudah
masak dengan perangai rakannya Zila yang pantang tengok kesalahan rakan
baiknya.
Tepat jam 7 pagi,pertama kalinya Rizman
berangkat awal ke sekolah.Kebetulan pada pagi itu, Aqel sudah ada di dalam
kelas.Aqel memang suka mengganggu Rizman tetapi kata-katanya itu langsung tak
pernah dipedulikannya. “Rizmah…opps! Sorry
Rizman … Aku nak Tanya engkau ni..apasal kau ni ha? Bapa pondan mama tomboy
ke?dan…kau lembut…hahahahahahahaha…” usik Aqel.Rizman semakin geram dengan
kata-kata Aqel. “Kau ni..memang mulut longkang ye..”Rizman merasa geram. “Kalau
kau nak usik aku..jangan libatkan keluarga aku nak campak kau ke dalam longkang
sebab engkau tu lebih sesuai duduk kat sana.” Rizman terlalu marah dengan kata
Aqel tadi.Aqel tak dapat membalas kata-kata Aqel tadi kerana tiba-tiba Zila dan
Mimi datang untuk menghentikan perkelahian mereka. “Sudah! Awal-awal pagi lagi
nak bergaduh macam mana pelajaran nak berkat hah!” kata Zila. Akhirnya pertengkaran
mereka dapat dileraikan.Rizman duduk meredakan kemarahannya. “Jangan kau ingat
aku tak mampu.”kata hati kecil Rizman. “Aku boleh ubah la…sikap aku!”.
Seminggu kemudian,tba waktunya ayah dan ibu Rizman pulang
kerumahnyasetelah seminggu berada di Langkawi untuk perbincangan syarikat
mereka,tetapi malangnya,ayah Rizman menunujukkan muka yang bengis kepada
Rizman.Rizman sambut kedatangan kedua orang tuanya dengan cara yang sopan. “Apa
nak jadi dengan kau hah..Riz.”dengan suara ayahnya yang lantang. “Kau sudah
memalukan ayah dan ibu kamu…ayah malu dengan jiran kita..kata mereka ayah tak
bagi kamu kasih sayang yang secukupnya” “Apa salah Riz ni papa…..” lantas
ayahnya memotong percakapan Riz. “Bila kau nak ubah perangai kamu yang entah
apa tu…jalan macam budak pompuan…gaya pun macam betina.. tak malu ke jiran kata
yang kamu ni maknyah….ayah malu tau Riz…”jelas ayahnya. Marlinah meredakan kemarahan suaminya itu.
“Baiklah Riz, ayah bagi kamu masa sebulan sahaja untuk ubah perangai kamu…kalau
kamu tak berjaya… jangan panggil ayah dan ibu kau lagi dan bila-bila masa saja
ayah boleh halau kamu dari rumah ni…kerana kamu sudah kecewakan ayah.” Terkejut
Rizman dan ibunya dengan kata-kata ayahnya itu, Rizman langsung ke kamarnya.Riz
selama ini memendam perasaanya bahawa dia selau berasa kesunyian kerana ayah
dan ibunya jarang meluangkan masa bersamanya,hamper terlafaz perkataan ini ke
ayahnya..kerana dia terlalu sayang akan ayahnya,dengan semangat yang ada
padanya dia akan mengubah sikapnya itu.
Pada keesokkan harinya,Rizman terpaksa
memecahkan tembok malunya ke Arman..seorang pelajar yang boleh dikatakan alim
disekolahnya. Rizman menyapanya dengan memberi salam.
“Assalamualaikum..Arman,boleh saya duduk sebelah awak untuk hari ni? “Boleh
je..sampai bila-bila pun boleh hehehe..”Arman membenarkan dia untuk duduk
sebelahnya.Arman juga seorang yang suka bergurau..tetapi ada batasnya.
“Lagipun..Riz saya seorang je ya duduk kat sini..mujurlah ada Riz temankan saya
duduk kat sini.” Katanya dengan senyuman yang manis itu dengan lesung pipi yang
ada padanya.Arman juga salah satu pelajar yang tak pernah bertegur sapa,tak
hairanlah kalau mereka menjadi tumpuan sekelasnya. “Sebenarnya saya nak minta
pertolongan kamu..” dengan katanya yang merasa segan. “Nak minta tolong apa ni Arman
? In shaa Allah saya dapat bantu. “Macam ni Arman..saya nak berubah,saya tak
nak saya jadi macam ni lagi.” “Alhamdulillah..baguslah kalau macam itu..saya ni
manusia je..hamba..hanya dengan pertolongana Allah saya dapat bantu.Mereka
meneruskan perbualan mereka sementara menunggu cikgu Ranjit masuk untuk subjek
matematik.
Semenjak
mereka menjadi kawan,Alhamdulillah,dia dapat mengubah sikap dengan cara
perlahan-lahan. Azila dengan panggilan Zila serta Mimi tidak merasa tersisih
akan Rizman yang jarang bergaul dengan mereka,kerana mereka faham yang dia
ingin fokus dalam perubahannya untuk menjadi yang lebih baik dari yang
sebelumnya. “Oi….obor-obor!” jerit Aqel. Rizman pun menoleh kebelakang kerana
dia terasa dengan panggilan seperti itu.Waktu itu juga Armand an Rizman hendak
menuju keperpustakaan di kawasan Bandar. “Waaaahh..dah jadi jantan kau
Rizman…agak-agak ko berubah ni……. “ Kau dengar sini baik-baik ya..”dengan gaya
kejantanannya. “Aku nak berubah..tak ke..bukan urusan awak…kau jangan nak
usik-usik aku lagi. “Mentang-mentang ada mamat alim kat sebelah kau ni…kau dah
berani kat aku ye…hah..”balas Aqel. “Sudahlah kamu berdua ni…tak malu ke gaduh
kat tengah Bandar ni…ramai orang
tengok.” Arman menghentikan pergaduhan mereka dengan menahan mereka berdua.
“Baiklah,sebelum aku beredar dari sini…aku nak cabar kau..aku nak tengok
kau..bekas pondan…dapat ranking satu
untuk perperiksaan pertengahan ni.Kalau
kau tak berjaya,aku akan bocorkan rahsia kau kepada cikgu Mia yang apa telah
kau buat pada hari tu..jangan aku tak tahu.”kata Aqel. “Baiklah..aku terima
cabaran kau,kalau aku berjaya kau mesti janji dengan aku yang kau jangan pernah
usik aku lagi dank au jangan buli orang lain lagi…kau memang..tak serik-serik
nak sakitkan hati orang lain.” Aqel menerima cabarannya juga.
Ayah Rizman kagum melihat perubahan anaknya
berubah menjadi lelaki yang sejati dan dia juga sentiasa menunaikan solat 5
waktu.Akhirnya Rizman dapat ubah dirinya selama sebulan berkat pertolongan
kawannya Arman,semua tetangga juga kagum melihat perubahan Rizman,tidak lupa
juga Mak Jah nya berasa sangat gembira.
“Rizman..ayah nak minta maaf dengan
Riz..ayah dah banyak buat salah dengan Riz..” Encik Haris iaitu ayah kepada Riz
memohon maaf. “Eh e..e..e apa ni ayah..sepatutnya Riz yang minta maaf dengan
ayah..Riz yang patut minta maaf Riz dah memalukan ayah Riz sedar betapa hinanya
Riz dulu.” “ Ayah yang silap ayah tak pernah meluangkan masa bersama Riz.” Lalu
air mata ayahnya berlinangan di pipinya Riz terus memeluk ayahnya tanda kasih
sayangnya kepada ayahnya. Sebak rasa Puan Hamida iaitu ibu Rizman melihat
mereka berdua, lalu memegang bahu keluarganya itu.
Hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk mereka menghadapi perperiksaan
pertengahan tahun. Semua pelajar di Sekolah Menengah Megah sibuk mengulangkaji
pelajaran.Rizman bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajarannya itu. “Aku
yakin..si Obor-obor tu tak dapat menang tentangan aku.” Hati kecilnya berbisik
dengan rasa bongkaknya, dia sering memerhatikan Rizman membelek-belek bukunya.
5 Mei adalah tarikh peperiksaan pertengahan tahun mereka .Pagi sebelum
waktu perperiksaan Arman sempat memberitahu “ Kalau awak rasa
gementar,gelisah..tenangkan hati dengan Zikir..perbanyakkan Zikir ok..” Rizman
membalas dengan senyuman,baginya Armanlah sahabatnya dunia akhirat..itulah
pengertian seorang sahabat sejati.
Waktu perperiksaan pun telah
bermula,cikgu Mia mengedarkan kertas soalan peperiksaan Bahasa Melayu sambil
memberi arahan sewaktu perperiksaan.Waktunya mereka menjawab kertas
soalan.Rizman sempat menoleh ke kiri dan ke kanan tiba-tiba dia terlihat Aqel
membuka poket bajunya tanpa pengetahuan cikgu Mia Rizman hanya menggelengkan
kepalanya melihat perbuatan Aqel.Dia juga sempat memerhatikan rakan sekelasnya
yang lain mereka juga jawab dengn bersungguh-sungguh ada yang rasa nak menangis
apabila melihat soalannya itu.Perperiksaan tersebut selama 14 hari.
Sebelum cuti penggal kedua , keputusan
peperiksaan pertengahan telah diumumkan di setiap kelas. Kini masanya telah di
tunggu oleh semua pelajar Sekolah Menengah Megah. “ Hari ini cikgu nak umumkan
keputusan perperiksaan kamu tempoh hari itu, cikgu sangat bangga dengan
keputusan seorang pelajar ni yang sangat ketara peningkatannya” . Kata cikgu
Mia. “Eh aku rasa..engkau la tu .. Riz..” Arman menyapa.” Ish…belum tau lagi
ada-ada je kau ni Arman. Tiba-tiba nama Rizman dipanggil untuk kehadapan
menghadap semua rakan sekelasnya.Rizman melihat wajah gurunya itu senyum lebar.
“ Riz.. tahniah cikgu ucapkan kamu merupakan pelajar yang terbaik dalam kelas untuk
peperiksaan ni pecapaian kamu sangat
ketara..cikgu berharap kamu teryskan usaha kamu sampai SPM”. Semua rakannya
memberi tepukan kepada Rizman,kecuali Aqel. Dia berasa malu dengan Rizman.
“Rizman boleh duduk tempat kamu sekarang.” “Terima kasih cikgu”.Hatinya
berbisik.. “Alhamdulillah Ya Allah..aku berjaya.Semasa dia berjalan menuju ke
kerusinya sempat dia menepuk bahu Aqel. Rizman telah berjaya menunaikan
janjinya yang pertama ayahnya dan menang dengan cabaran yang diberikan oleh
Aqel. Aqel terpaksa menunaikan janjinya yang telah diuat oleh Rizman,dia tidak
lagi menindas orang lain yang lemah.
Sewaktu rehat, Rizman ke bilik guru untuk
menemui cikgu Mia, mujurlah dia melihat cikgu Mia tidak sibuk lalu dia menuju
ke meja cikgu Mia. “ Assalamualaikum cikgu..saya nak bagitau cikgu sesuatu.”
“Hah, apa dia?” cikgu Mia tertanya-tanya. “Er.. saya nak jumpa cikgu nanti
waktu pulang nanti kat dewan boleh..sebab hal ni kita bertiga je yang tahu.” “Bertiga?” “ Iya dengan kawan saya Arman..”
“Baiklah cikgu pun confuse apa yang
Riz nak bagitau kat cikgu.
Jam 1 setengah petang,telah tamat pembelajaran , Riz dan Arman segera
menemui cikgu Mia di dewan sekolahnya. “ Assalamualaikum cikgu”. Mereka berdua
memberi salam. “ Waalaikumussalam.. hah, apa hal yang hendak diberitahu tu?”
Tanya cikgu Mia. “Er…er..er..” dia merasa gementar tetapi dia tetap kuat hati
untuk berterus terang dengan cikgu Mia dan beritahu semuanya. “ Sebenarnya
cikgu handphone cikgu yang hilang
tempoh hari itu sebenarnay saya yang curi, jadi cikgu. Saya nak kembalikan handphone cikgu”. Rizman menghulurkan
telefon ke cikgu Mia.Cikgu Mia terus merenung wajah Rizman sambil
tersenyum.Rizman merasa bahawa cikgu Mia akan marah besar kepadanya. Araman
hanya memerhatikan mereka berdua. “ Rizman.. cikgu maafkan kamu..” Hati Rizman
terus jadi tenang mendengar perkataan itu. Jelas lagi cikgu Mia. “Sebenarnya
telefon ni cikgu dah tak pakai lagi, cikgu ada dua telefon bimbit yang ni pun
untuk cikgu guna spare je mana la tau
kalau telefon cikgu ni lemah bateri,cikgu guna yang satu lagi. “ Terima kasih
cikgu.” “ Memandangkan kamu menunjukkan peningkatan di dalam kelas cikgu
hadiahkan kamu telefon ni…cikgu bangga dengan kejujuran kamu.” Cikgu Mia
menghulurkan telefon bimbit jenama Nokina itu ke Rizman. “Taka pa lah cikgu..”
Dia menolak.” “Taka pa ambil je.. sebagai penghargaan cikgu ke kamu.” Rizman
berterima kasih dengan cikgunya itu. “ Sebenarnya cikgu..Arman lah yang banyak
bantu saya dalam perubahan saya.” Kata Rizman lalu Arman menyampuk “ Eh..mana
ada tak payah berterima kasih dengan saya berterima kasih lah kepada Allah
S.W.T Dia yang telah mempermudahkan urusan kita semua.” “ Iya betul tu.” Kata
cikgu Mia. “ Saya Rizman nak berkata bahawa.. Saya bukan obor-obor biasa”.
“Hah??” cikgu Mia dan Arman serentak. “Hehehehe tak de apelah hehehe jom
balik.!” Kata Rizman.

Comments
Post a Comment